Latest News

Saturday 4 February 2017

Misteri Terowong Besar Rahsia Yang Mampu Muatkan Sebuah Monorel Di Putrajaya Yang Tak Siapa Tahu!!!

Misteri Terowong Besar Rahsia Yang Mampu Muatkan Sebuah Monorel Di Putrajaya Yang Tak Siapa Tahu!!!



Susah hendak percaya bukan? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga. 

Ada saksi pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan tersebut. Ketika itu beliau ketagihan rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok. Sebagai jalan ringkas, beliau memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu beliau melihat sesuatu yang aneh.

Beliau mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan beliau rasa ada puluhan tingkat. Katanya, jika beliau masukkan sekali ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.
Beliau pun tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.

Tidak beberapa selepas itu, beliau ada ke KLIA untuk menghantar sepupu beliau ke Amerika Syarikat, beliau sempat mengambil keputusan menjalankan penyiasatan sendiri dan berbual dengan sumber-sumber di lapangan terbang terbabit.

Tidak disangkal lagi, kewujudan terowong itu memang benar dan informer itu sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.

Beliau mula mengumpul maklumat intel, Tidak mustahil terowong besar macam tu boleh dibina kerana Malaysia juga berkebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.


Menurut maklumat, seorang rakan, bekas staff di Bangunan Pentadbiran, pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.

Terowong itu menghubungkan tiga tempat utama, KLIA, Bangunan Pentabiran dan satu lagi tempat, maaf, maklumatnya tidak dedahkan secara terbuka. Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.

Kata rakannya itu,
”Turun menyelamlah ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.

Memang hebat Putrajaya… Selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi. Ada sesuatu yang disediakan untuk suatu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.

Itu belum citer zon penempatan meriam anti-pesawat lagi... Perghh !!

Misteri Terlerai

Memang betul pun ada terowong ‘rahsia’ di bawah tanah Putrajaya tu. Tapi sebenarnya terowong itu tidaklah terlalu rahsia. Yang jadi rahsia sebab kita yang tidak pernah tahu. Jadi, bila ada orang ‘terjumpa’ dengan terowong ini, mula la orang kata kerajaan ada simpan ‘rahsia’ terhadap ‘terowong’ ini.

Hakikatnya, terowong itu adalah terowong monorel yang terbengkalai Dan bukannya terowong rahsia seperti yang korang mungkin fikirkan..


Kenapa terbengkalai? Sebab zaman Pak Lah beliau tak nak teruskan projek ini, walaupun terowong telah dibina. Ini juga menyebabkan Tun Dr. M begitu marah dengan Pak Lah. Bukan pasal jambatan bengkok aje...

Ada yang persoalkan, “Habis, kenapa terowong ini dijaga dan ditutup?” Mestilah kena tutup. Bahaya kot kalau dibiarkan terbuka. Kalau dibiarkan nanti masuk pulak haiwan-haiwan merbahaya atau angkasawan-angkaSAWAN yang ke bulan balik hari... atau jadi port makhluk seram yang mendengus dan mengerang sedap.. jadi untuk mengelakkan ni semua elok lah ditutup pintunya.. Kalau tak percaya yang terowong ini memang bukan rahsia, jemput baca wikipedia di link ini ya:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Monorel_Putrajaya


Mungkin pada zaman Pak Lah, beliau tidak mahu meneruskan projek ini kerana menganggap ianya sebagai ‘membazir’. Lagipun, Putrajaya ketika itu masih belum sesak lagi dengan kenderaan. Namun, jika suatu hari nanti Putrajaya semakin sesak dengan kenderaan, projek monorel bawah tanah ini mungkin akan bersambung semula. Wallahualam..

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Recent Post